Monday, 12 May 2014

Pengalaman Temuduga IPG (2013)

Hi, guys! Dah lama aku tak post sesuatu untuk blog ini but now I'm back dan entri kali ini adalah tentang pengalaman ketika temuduga Institusi Pendidikan Guru (IPG) pada 13 Mei 2013 (Isnin) baru-baru ni. Teruskan membaca. ^^

Okay, seperti yang saudara-saudari ketahui, result panggilan berjaya temuduga ni dah boleh cek pada 6 Mei 2013. So, aku pun print Surat Tawaran, Borang Maklumat Diri, Borang Pernyataan Hasrat, Surat Perakuan Diri Penempatan IPG dan Surat Perakuan Diri Penempatan Sekolah. Semuanya perlu diisi dengan selengkapnya dan mengikut kehendak surat tawaran. 

Saya dapat subjek P. Muzik (I was hoping of getting TESL, which was my first choice; P. Muzik  was my second choice) dan temuduga tu dijalankan di IPG Kent Tuaran. Pada hari Ahad, parents pun hantar aku dan seorang kawan (namanya, Vio) ke rumah auntyku. Syukur ada juga saudara yang tinggal di Tuaran.

Click here for more useful tips on the IPG/PISPM/KPLSPM interview. (Wajib pakai nametag - nametag guru-guru selalu pakai tu. Background hitam, tulisan putih. Kalau takda nametag, korang kena suruh tulis nama pada kertas lepas tu lekat pada baju)

Hari yang 'tak' dinanti-nantikan dah tiba.

6.00 am
-Bangun, berdoa, mandi, breakfast then bersiap2.

7.50 am
-Uncle hantar kami ke kampus memandangkan dari rumah ke IPG Kent cuma mengambil masa sekitar 6-8 minit; and his office was next to the campus.

8.00 am
-Aku dan Vio(she got P.Seni) terpaksa berpisah sebab aku Bilik A dan dia pula Bilik C. 
-We were briefed.

8.30am
-Ujian INSAK pun bermula. Unfortunately, gue lupa bawa semua alat tulis, nasib sempat pinjam sebatang pensel dari Vio. Dengan berbekalkan sebatang pensel itu (tanpa pemadam dan jam tangan sama sekali), aku pun dengan hati-hatinya menjawab setiap soalan tersebut. Yang salah, dibiarkan salah. Apa boleh buat. :p Akhirnya, sekitar 10 minit kot sebelum masa tamat, aku pun telah menjawab keseluruhan 135 soalan yang telah diberikan (rasa-rasanya akulah orang pertama yang siap menjawab). kekekek Hebat tak?

Antara soalan yang diberikan:

*Saya meminta bantuan rakan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
  a. Wajar
  b. Tidak wajar

*Rakan anda telah menjemput anda untuk datang ke majlis perkahwinannya melalui Facebook.
  a. Anda tidak pergi kerana ingin dijemput melalui kad jemputan.
  b. Anda bercadang untuk pergi.

*Sebagai pengerusi, anda memberikan penetapan hala tuju kelab kepada ahli jawatan kuasa kelab.
  a. Wajar
  b. Tidak wajar
10.00 am
-Temuduga bagi subjek P. Muzik sepatutnya diadakan pada jam 2 petang tetapi diawalkan pada jam 10 pagi. Seramai 8 orang yang telah menerima panggilan temuduga tetapi seorang tidak hadir. So, tinggal 7 orang = Girls: 5, Boys: 2
-Semua borang, dan sijil-sijil yang telah disusun diberikan kepada Tuan B. 
-Lepas tu, sesi memperkenalkan diri. Dengan masalah gegaran saya yang ekstrim ni, aku pun bagitahu nama, sekolah, tempat tinggal, adik-beradik, dan asal ibu bapa memandangkan asal dorang berbeza dan diriku yang tak tinggal di tempat asal mereka.
-Tuan A ni tanya lah apa alat muzik yang saya pandai, ofc piano. Then Tuan A tanya gred berapa (memandangkan aku dapat pendidikan formal), apa tu ABRSM (kerana aku sebut benda tu lepas dia tanya under board apa).
-Then, video ditayangkan. Kita dapat topik KOKURIKULUM. Seperti biasa, yours truly ni lebih kepada yang mendengar daripada yang berkata-kata tapi rasanya bila aku berkata-kata (ofc la dengan gegaran gempa bumi), dan dengan sedaya upaya menyusun kata-kataku, apa yang telah kuucapakan itu bernas (yakin lah konon tu -wakakaka), lancar (cihh - terbelit-belit lidah mu, darling), dan suara pun kedengaran lantang (hmm... suara kedengaran garau lehh~). Ya, sedikit malu dan pendapat pun rasaya aku bagi lebih kurang 5(?) je sepanjang tempoh satu jam setengah itu.
-Tuan A tanya pasal, perpaduan, 1M1S, dan lastly nilai2 yang dipelajari masa aktiviti KOKUM.
-Lastly, Tuan B ni, yang tadi tu sibuk2 membongkar fail dan borang2 kami, pun speaking yuu...
 Dia kata, 'And now, we're going to talk in English since some of you used English words during our discussion just now.' 
*dalam fikiran aku, kantoi la ni kali; actually cuma aku je seorang yang pakai English words dalam discussion tu. :p *I can tell rakan2 yang lain pun cemas juga. haha!
 Dia sambung lagi, 'Why do you want to teach music?
Sampai giliran saya, I said, 'I'd like to be a teacher because I want our kids to learn about each others' cultures...'
 STOP! STOP! 
F*** Actually those interviewers told me to STOP talking like twice or was it thrice? but I'm not that devastated though, he told the exact thing to the others too. I'm glad. 
-Then, ciao Encik2 Tuan2 interviewrs. :p
(Pada tahun ini, temuduga dijalankan berkumpulan tetapi ditujukan satu-persatu kepada setiap individu. Penemuduga akan melontarkan soalan dan yang ditemuduga akan mengutarakan pendapatnya. Secara langsung, pada ketika inilah kita dinilai.)

11.30am
-Masa untuk amali! hua3 D:
-Yours truly dapat giliran nombor 4(ikut urutan nama).
-Sampai di bilik amali tu(kayanya, tempat jaming kot.Ada guitar, drums, percussions gitu, and keyboard), lepas bagi IC, diminta berdiri depan mike stand. Interviewer (examiner? assessor?instructor? in my case, I'll call him Tuan lah...) Nyanyi lagu kanak2? What the?! Terus akupun nyanyi serangkap Mary Had A Little Lamb. Bila dah siap nyanyi, Tuan tu tanya, 'Itu je ke?' 'Itu ja... :p'
-Next, 'Anda diminta untuk menyaikan lagu patriotik atau lagu semasa.' Saya dah minta kebenaran jika boleh dibenarkan menggunakan lirik. Oh, boleh! Saya pun nyanyi dua rangkap 'Sejahtera Malaysia'. "Eh, itu je ke?" *cough* malangnya, 'Yaa...'
-Then, saya diarahkan untuk berdiri di depan piano, kira aural test la. Tuan tu tepuk tangan, aku ikut. Petik jari, aku ikut. Suruh nyanyi, ikut apa yang dia main, aku ikut je. So sad, aku enda tau apa itu irama dan rentak. Aku blurr dah. Aku main jawab 'slow', 'three', apa kehe... >< Tuan tu pun sempat jenguk tuan yang satu lagi. hahah kantoi habis! :p
-Baru tu, aku main piano dalam key F major untuk lagu 'Sejahtera Malaysia'.
-Lastly, aku dah ready nak keluar dah. Tiba2, Tuan yang satu ni tanya, 'Ada lagi alat muzik yang kamu pandai main?' BOOOOOM!!! @_@ Ni kali lah! Okay, aku pun main gitar. Blur sudah nak main apa, aku strum je lah ko Am, F, G, C, Am. Tuan B tanya, "Kod apa yang sedang kamu gunakan sekarang?" Aku pun tengok mana jari aku, oh, aku pun jawab la, 'A minor.'
-Dah selesai dah. Tuan A 'mengiringi' aku untuk balik semula ke bilik menunggu. Oopps! Actually dia nak panggil  candidate yang seterusnya. :p Sempat lagi Tuan A tanya, kenapa tangan saya bergegar. Ui nah! Aku nda perasan tapi aku tau memang kalau aku yang bergegar sangat ketara. Aku pun jawab, "Begini lah ni." 

12.30pm 
-Dah siap!!! Aku jumpa kawan2 baru and coincidentally, classmate aku masa Tahun 3 kat kampung dulu turut sama2 dengan aku ambil P. Muzik. Ada satu lagi lelaki, dia rupa-rupanya pernah bersekolah di tempat aku tinggal sekarang dan kenal beberapa orang yang aku kenal. Dan dua orang lagi ni (bekas pelajar Matriks), kenal cousin aku dua orang yang juga satu kampus sama diorang. Boy satu lagi ni, mukanya seiras la dengan classmate aku sama cousinnya dan dia juga satu sekolah dengan uncle aku time sekolah menengah tahun lalu. Yang girl satu ni pun, kenal juga sama cousin aku yang di Matriks dan dia macam satu kepala ngan aku lah...

OK, itu sajalah yang penting. Sekadar share pengalaman gitu. Semoga adik-adik, rakan-rakan sekalian yang bertuah dan mendapat tawaran IPG, dapat menggunakan informasi yang tidak seberapa ini, lepas tu lulus dan mungkin kalau bertuah, dapat pula penempatan yang sama dengan yours truly. So, ganbatte ne and all the best! :D

*Yo, draft from last year lagi- 13/5/2013. haha

Olla! :)

Hi, guys! I'm sorry for not updating this site for a very long time. I was on a long notice- busy with school life and got lazy with network socializing (blogging and stuff) :P.

I'm not going to promise with updating this blog from time to time but if there is, well, anticipate for that.

So, off I go! Cheerio~~

Thursday, 21 March 2013

Aduhai, result SPM kuuu...

Credits: God, my family (parents, my brothers, cousins, uncles, aunties, grandparents), teachers, friends (classmates, schoolmates, just friends, Facebook friends, close friends, friends of friends, friends, etc. friends), etc.

Annyeonghaseyo! So, how are you doing my fellow bloggers?
Semua orang tau result SPM 2012 keluar pada hari ni, bertarikh 21 March 2012, hari Khamis., bukan?
Actually, apa yang saya dengar dari tante saya, katanya, result tu dah pun keluar sejak kelmarin lagi. hukhukhuk

So, apa feeling korang bila dah dapat result?
Pagi tadi, saya bangun awal kira-kira 6.30 pagi gitu kot. Buka je mata, fikiran pun cuba mengingat, "Hari ni hari apa? Sabtu ka? Ehhh... kenapa lak banyak kereta bising pagi-pagi ni?" Imbas-imbas balik, baru saya teringat hari ni hari Khamis. Cepat-cepat bangun, doa pagi kejap. Lepas tu lompat dari katil dan buka laman muka buku. Adui, punya main awal bangun. hehe. Time online tu, kira 2-3 friends (classmate) ja yang online. Apa lagi, chat2 la kejap. Chat sampai dekat jam 9 pagi, tiba-tiba handphone murahan saya berdering. Saya pun sambut la. Rupa-rupanya, tante pula. hehehe. Tante kata gue dapat result gini bla bla bla. Wah! Time tu saya ngam di page group HALATUJU bla bla something like that, trus cepat la tangan menaip dengan bergegarnya. Jadi, genap jam 9 pagi tu, saya dah pun tau result saya (A je).

Saya pun cepat-cepat ke sekolah, entah nak duduk di mana. Kantin pun sesak (ngam2 sekolah menjadi tuan rumah untuk kejohanan hoki) jadi saya pun pergi ke main office. Kat luar, saya nampak guru2 dalam office smuanya tidak sabar aka nervous kali yaa. Time tu, mereka buat analisis kasar kot. Saya pun menjeling dari luar ja (amat kesian sekali, takda kawan menemani)... Then, datang la satu friend ni (friend saya yang sekarang ni form 4). Dijemputnya saya ke kelasnya. Nasib sikit ja orang. Boleh la saya lepak2 sementara tunggu entah apa. 2 minit lepas jam 10 pagi, saya pun hantar mesej tu, tunggu2 kejap akhirnya sampai juga. Happy jugalah, tidak kusangka2 dapat result begitu. Terima kasih kengkawan yang menemani saya. Terima kasih juga kepada TUHAN. Saya sangat bersyukur,

Dekat jam 11 pagi, baru saya ambil slip keputusan. Ok juga lah. Hehehe
Esok, nak pergi sekolah lagi. Classmate semua ambil result esok, saya ja ambil awal. Hehe...

P/S: Sorry bahasa saya nampak pelik, nda aci la trip2 West (no offence).
~peace yo~

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TELAH LULUS DAN BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN SPM 2012.
KEPADA YANG KURANG BERPUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN MASING-MASING, SENDIRI PIKIR LAA.Seorang sahabat saya selalu berkata, "SPM bukan penentu." <--Keep that in mind.^^

Thursday, 28 February 2013

Ujian QTO / Ujian JPJ

Salam kepada semua yang membaca post saya ini. :) Hari Khamis lalu, saya dah ceritakan kisah sewaktu menjalani ujian QTI hari tu. Korang boleh klik sini kalau nak baca post saya pasal test tu. Hari ni pula nak ceritakan pasal ujian QTO atau selalu kita panggil ujian JPJ (sebab pegawai JPJ yang assess ujian tu).
#Hari ni terasa nak pakai 'aku'#

Perjalananku bermula~

5.45 am:
-Tetiba bangun awal pula. Sempat lagi cek blog and online FB :p

6.00 am:
-Mandi, dress up, makan and get ready. Online kejap ^.^

7.47 am:
-Mum dah tiba untuk hantar kita ke pusat memandu. ~dupdapdupdap~

8.00 am:
-Tiba di pusat memandu. Duduk di kantin (keseorangan seperti biasa). Main game dalam handphone murahan saya ( Tetris, Pac Man, Block Deluxe...malangnya, semuanya cuma demo...terpaksalah saya ulang2 main benda yang sama :/)
-Akhirnya, geng (terdiri daripada seorang ibu dan seorang uncle dalam umur lingkungan 50an -saya ada sebut pasal uncle ni dalam post ujian QTI) pun tiba. hakhak
-Banyak pelajar yang ambil ujian QTO hari ni (saya sebenarnya tak suka crowded places :/)

Dekat 9.00 am:
-Semua pelajar (kereta, motosikal, lori) yang ambil test QTO hari ni disuruh berkumpul di tingkat atas bangunan ofis untuk diberi taklimat gitu...
-Firstly, kami kena panggil ke depan untuk tandatangan dan cop rekod kedatangan pastu diberi tag angka giliran. Sedihnya aku bila dapat nobor giliran yang ke-30 daripada 34. :{
-Lepas tu, baru diberi taklimat yang mengambil masa kira-kira 10 minit kot. Paling mengejutkan, haha, pegawai JPJ yang memberi taklimat tu serupa lah dengan Park Yoochun a.k.a Micky Yoochun korang tu. haha (sekarang ni saya sedang tengok drama Sungkyuhkwan Scandal kat KBSW, :B )

9.30 am:
-Kami disuruh berkumpul di pondok yang sama dengan tempat kami berkumpul masa ujian QTI hari tu.
-Of course, Bahagian 2 (bukit) dan Bahagian 3 (side-parking dan tiga penjuru) dimulakan.
-Sekejap je di bahagian bukit tu. Tunggu punya tunggu, akhirnya giliran yours truly pulak.
-Berdebar-debar sehingga lupa untuk tekan clutch ketika nak tukar gear 1. Haha... tapi saya sangat bersyukur kereta sudah di-adjust oleh salah seorang tenaga pengajar di sana. Dia kata, relax , tarik nafas gitu, perlahan-lahan... Adehh, semakin bertambah pula debarannya tapi itu sebenarnya, sangat melegakan jiwaku pada masa itu. :) Thank you ya, cikgu (sorry tak tahu nama)!
-Next, pergi ke pondok seterusnya untuk Bahagian 3.
-So, kat pondok tu sempatlah aku berborak-borak dengan teman seperjuangan yang lain. Semuanya bagus-bagus belaka, senang dibawa cerita. Malangnya, banyak (pelajar lelaki) yang suka merokok tapi hairanlah kenapa asap rokok diaorang kita tak terhidupun ( listen! listen! listen! rokok ni tak baik ok, orang yang terhidu asap rokok pun boleh dapat masalah tau!). Mungkin disebabkan angin pada  masa itu kot. Tau2lah cuaca di atas bukit (pusat memandu tu terletak di atas bukit), kalau panas memang terasalah bahangnya, berangin kencang lagi tu!
-My turn (emm. for your information, kereta yang akan kami pandu tu diletak sedia dekat tiang checkpoint untuk side parking so, tinggal kami reverse lagi lah :p thank you ya Cikgu Joseph). Dah diletak sedia, okey2 jangan lupa angkat tangan. Pusing ke kiri habis, reverse, bla bla bla akhirnya aku pun dah siap tiga penjuru! Cepat tak??? kekeke? Ambil masa selama 15 minit je kalau kat Bahagian 3.

10.30 am:
-Okey, dahpun siap kat Bahagian 2 dan Bahagian 3. Sekarang perlu tunggu giliran untuk memandu di jalan raya lagi.
-Ya, laluan jalan raya ni mengambil masa kira-kira 30 minit. Jangan lupa angka giliran saya ye.. :) My lucky number tu tau (betul...)!
-So, masa untuk berborak. Of course lah kita cerita2 pasal memandu, apa perlu dibuat bla bla bla segala.
-Para pelajar remaja yang lain tentunya ada geng sendiri. Gue, well... Geng gue semua yang dah masuk umur 30-an plus plus. Biasalah kalau orang Sabah, semua dikawan bah. kekeke
-Semakin lama semakin sedikit dah orang.

12.30 am:
-Akhirnya, dekat kam 12.30 tengah hari gitu, giliran aku pula untuk dinilai oleh Mr. Macho Pegawai JPJ...kekeke Sekali lagi debaran yang harus aku tempuhi pada hari menggagalkan diri ini.. ahahaha
-Dah masuk kereta tu kita bagi lah borang kepada Mr. Macho. :) (Time diberi borang tu, berabislah aku baca 20 perkara yang diassess tu. ehehehe. ni tips tau, jangan sesekali bazirkan peluang untuk baca2 borang tu walaupun sedikit, OKAY )
-Okay, aku pun buatlah lima perkara. Pasal kegagalan hari tu, aku telah berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. So, masa nak adjust cermin tepi tu, ingat ya brothers and sisters yang akan mengambil test memandu, adjust KEDUA-DUA cermin tepi KIRI dan KANAN! Tapi malangnya cermin kiri tu gue ada problem sikit. Masa sih nak reach cermin tepi kiri tu, tak nak men sentuh2 la.. aish! Surprisingly, pegawai JPJ tu kata, dengan suaranya yang bertimbang rasa, "Mahu saya tolong?" Wah, apa lagi! Jangan lepaskan peluang ni! kekeke. So, pandai2 la aku cakap "kasi naik sikit,turun sikit", dibalasnya "begini?", konon ok dah aku pun cakap ok... hahahaha (Eh, aku bukan bersikap jahat ya, bersyukur tau) 
-Mari memandu!!!! Time memandu tu, adalah Mr. Macho interview aku. Aku happy pasal ini: "Ko masih sekolah ka?" Aina joo.. Sepa yang enda gembira kalau ditanya begini. Aku pun reply, "Sia tunggu result." Hehehe..(Off topic kejap: Banyak orang yang sama2 ambil test ngan aku tanya benda yang sama tau. Entahlah muka aku ni terlampau macam budak. Biasalah kalau muka jalan berturap.hehehe)

1.00 pm lebih:
-Akhirnya, sampai dah... Mr. Macho suruh aku sign borang tu. Yes, aku dah bebas! Aku pn turunlah, memberi peluang kepada pelajar yang paling last tu untuk dinilai. 
-Masa keluar dari kereta tu, harus dijenguk berapa markah dan apa kesalahan. Aku lulus, cuma kurang 1 markah je untuk dapat full mark! Happy yang tidak terkira. TUHAN telah menjawab doaku. Terima kasih banyak! Aku salah satu, tapi itu private lah k. :) yang penting, kesalahannya bukan seperti kesalahan ketika Ujian QTI hari tu. 

1.30 pm:
-Sedang menunggu ayah (sepatutnya dia yang ambil aku pulang tapi dia lupa kot :/ So, ibulah yang ambil. Singgah kejap di restoran di bandar sebab hampir setengah hari tak makan).

So, kepada saudara dan saudari yang bakal-bakal menduduki ujian memandu tidak kiralah ujian QTI atau QTO, bersandarlah pada Tuhan okey. SELAMAT MAJU JAYA! <3

THANKS FOR READING! :)

P/S: Tak tertanya-tanya ke kenapa saya panggil pegawai tu Mr. Macho? Saya tak tahu macam mana rupa Mr. Pegawai tu tapi dia baik hati, friendly dan suara dia pun suara polis lehhh >< hahaha