Hi, guys! Dah lama aku tak post sesuatu untuk blog ini but now I'm back dan entri kali ini adalah tentang pengalaman ketika temuduga Institusi Pendidikan Guru (IPG) pada 13 Mei 2013 (Isnin) baru-baru ni. Teruskan membaca. ^^
Okay, seperti yang saudara-saudari ketahui, result panggilan berjaya temuduga ni dah boleh cek pada 6 Mei 2013. So, aku pun print Surat Tawaran, Borang Maklumat Diri, Borang Pernyataan Hasrat, Surat Perakuan Diri Penempatan IPG dan Surat Perakuan Diri Penempatan Sekolah. Semuanya perlu diisi dengan selengkapnya dan mengikut kehendak surat tawaran.
Saya dapat subjek P. Muzik (I was hoping of getting TESL, which was my first choice; P. Muzik was my second choice) dan temuduga tu dijalankan di IPG Kent Tuaran. Pada hari Ahad, parents pun hantar aku dan seorang kawan (namanya, Vio) ke rumah auntyku. Syukur ada juga saudara yang tinggal di Tuaran.
Click here for more useful tips on the IPG/PISPM/KPLSPM interview. (Wajib pakai nametag - nametag guru-guru selalu pakai tu. Background hitam, tulisan putih. Kalau takda nametag, korang kena suruh tulis nama pada kertas lepas tu lekat pada baju)
Hari yang 'tak' dinanti-nantikan dah tiba.
6.00 am
-Bangun, berdoa, mandi, breakfast then bersiap2.
7.50 am
-Uncle hantar kami ke kampus memandangkan dari rumah ke IPG Kent cuma mengambil masa sekitar 6-8 minit; and his office was next to the campus.
8.00 am
-Aku dan Vio(she got P.Seni) terpaksa berpisah sebab aku Bilik A dan dia pula Bilik C.
-We were briefed.
8.30am
-Ujian INSAK pun bermula. Unfortunately, gue lupa bawa semua alat tulis, nasib sempat pinjam sebatang pensel dari Vio. Dengan berbekalkan sebatang pensel itu (tanpa pemadam dan jam tangan sama sekali), aku pun dengan hati-hatinya menjawab setiap soalan tersebut. Yang salah, dibiarkan salah. Apa boleh buat. :p Akhirnya, sekitar 10 minit kot sebelum masa tamat, aku pun telah menjawab keseluruhan 135 soalan yang telah diberikan (rasa-rasanya akulah orang pertama yang siap menjawab). kekekek Hebat tak?
Antara soalan yang diberikan:
*Saya meminta bantuan rakan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
a. Wajar
b. Tidak wajar
*Rakan anda telah menjemput anda untuk datang ke majlis perkahwinannya melalui Facebook.
a. Anda tidak pergi kerana ingin dijemput melalui kad jemputan.
b. Anda bercadang untuk pergi.
*Sebagai pengerusi, anda memberikan penetapan hala tuju kelab kepada ahli jawatan kuasa kelab.
a. Wajar
b. Tidak wajar
10.00 am
-Temuduga bagi subjek P. Muzik sepatutnya diadakan pada jam 2 petang tetapi diawalkan pada jam 10 pagi. Seramai 8 orang yang telah menerima panggilan temuduga tetapi seorang tidak hadir. So, tinggal 7 orang = Girls: 5, Boys: 2
-Semua borang, dan sijil-sijil yang telah disusun diberikan kepada Tuan B.
-Lepas tu, sesi memperkenalkan diri. Dengan masalah gegaran saya yang ekstrim ni, aku pun bagitahu nama, sekolah, tempat tinggal, adik-beradik, dan asal ibu bapa memandangkan asal dorang berbeza dan diriku yang tak tinggal di tempat asal mereka.
-Tuan A ni tanya lah apa alat muzik yang saya pandai, ofc piano. Then Tuan A tanya gred berapa (memandangkan aku dapat pendidikan formal), apa tu ABRSM (kerana aku sebut benda tu lepas dia tanya under board apa).
-Then, video ditayangkan. Kita dapat topik KOKURIKULUM. Seperti biasa, yours truly ni lebih kepada yang mendengar daripada yang berkata-kata tapi rasanya bila aku berkata-kata (ofc la dengan gegaran gempa bumi), dan dengan sedaya upaya menyusun kata-kataku, apa yang telah kuucapakan itu bernas (yakin lah konon tu -wakakaka), lancar (cihh - terbelit-belit lidah mu, darling), dan suara pun kedengaran lantang (hmm... suara kedengaran garau lehh~). Ya, sedikit malu dan pendapat pun rasaya aku bagi lebih kurang 5(?) je sepanjang tempoh satu jam setengah itu.
-Tuan A tanya pasal, perpaduan, 1M1S, dan lastly nilai2 yang dipelajari masa aktiviti KOKUM.
-Lastly, Tuan B ni, yang tadi tu sibuk2 membongkar fail dan borang2 kami, pun speaking yuu...
Dia kata, 'And now, we're going to talk in English since some of you used English words during our discussion just now.'
*dalam fikiran aku, kantoi la ni kali; actually cuma aku je seorang yang pakai English words dalam discussion tu. :p *I can tell rakan2 yang lain pun cemas juga. haha!
Dia sambung lagi, 'Why do you want to teach music?'
Sampai giliran saya, I said, 'I'd like to be a teacher because I want our kids to learn about each others' cultures...'
STOP! STOP!
F*** Actually those interviewers told me to STOP talking like twice or was it thrice? but I'm not that devastated though, he told the exact thing to the others too. I'm glad.
-Then, ciao Encik2 Tuan2 interviewrs. :p
(Pada tahun ini, temuduga dijalankan berkumpulan tetapi ditujukan satu-persatu kepada setiap individu. Penemuduga akan melontarkan soalan dan yang ditemuduga akan mengutarakan pendapatnya. Secara langsung, pada ketika inilah kita dinilai.)
11.30am
-Masa untuk amali! hua3 D:
-Yours truly dapat giliran nombor 4(ikut urutan nama).
-Sampai di bilik amali tu(kayanya, tempat jaming kot.Ada guitar, drums, percussions gitu, and keyboard), lepas bagi IC, diminta berdiri depan mike stand. Interviewer (examiner? assessor?instructor? in my case, I'll call him Tuan lah...) Nyanyi lagu kanak2? What the?! Terus akupun nyanyi serangkap Mary Had A Little Lamb. Bila dah siap nyanyi, Tuan tu tanya, 'Itu je ke?' 'Itu ja... :p'
-Next, 'Anda diminta untuk menyaikan lagu patriotik atau lagu semasa.' Saya dah minta kebenaran jika boleh dibenarkan menggunakan lirik. Oh, boleh! Saya pun nyanyi dua rangkap 'Sejahtera Malaysia'. "Eh, itu je ke?" *cough* malangnya, 'Yaa...'
-Then, saya diarahkan untuk berdiri di depan piano, kira aural test la. Tuan tu tepuk tangan, aku ikut. Petik jari, aku ikut. Suruh nyanyi, ikut apa yang dia main, aku ikut je. So sad, aku enda tau apa itu irama dan rentak. Aku blurr dah. Aku main jawab 'slow', 'three', apa kehe... >< Tuan tu pun sempat jenguk tuan yang satu lagi. hahah kantoi habis! :p
-Baru tu, aku main piano dalam key F major untuk lagu 'Sejahtera Malaysia'.
-Lastly, aku dah ready nak keluar dah. Tiba2, Tuan yang satu ni tanya, 'Ada lagi alat muzik yang kamu pandai main?' BOOOOOM!!! @_@ Ni kali lah! Okay, aku pun main gitar. Blur sudah nak main apa, aku strum je lah ko Am, F, G, C, Am. Tuan B tanya, "Kod apa yang sedang kamu gunakan sekarang?" Aku pun tengok mana jari aku, oh, aku pun jawab la, 'A minor.'
-Dah selesai dah. Tuan A 'mengiringi' aku untuk balik semula ke bilik menunggu. Oopps! Actually dia nak panggil candidate yang seterusnya. :p Sempat lagi Tuan A tanya, kenapa tangan saya bergegar. Ui nah! Aku nda perasan tapi aku tau memang kalau aku yang bergegar sangat ketara. Aku pun jawab, "Begini lah ni."
12.30pm
-Dah siap!!! Aku jumpa kawan2 baru and coincidentally, classmate aku masa Tahun 3 kat kampung dulu turut sama2 dengan aku ambil P. Muzik. Ada satu lagi lelaki, dia rupa-rupanya pernah bersekolah di tempat aku tinggal sekarang dan kenal beberapa orang yang aku kenal. Dan dua orang lagi ni (bekas pelajar Matriks), kenal cousin aku dua orang yang juga satu kampus sama diorang. Boy satu lagi ni, mukanya seiras la dengan classmate aku sama cousinnya dan dia juga satu sekolah dengan uncle aku time sekolah menengah tahun lalu. Yang girl satu ni pun, kenal juga sama cousin aku yang di Matriks dan dia macam satu kepala ngan aku lah...
OK, itu sajalah yang penting. Sekadar share pengalaman gitu. Semoga adik-adik, rakan-rakan sekalian yang bertuah dan mendapat tawaran IPG, dapat menggunakan informasi yang tidak seberapa ini, lepas tu lulus dan mungkin kalau bertuah, dapat pula penempatan yang sama dengan yours truly. So, ganbatte ne and all the best! :D
*Yo, draft from last year lagi- 13/5/2013. haha
OK, itu sajalah yang penting. Sekadar share pengalaman gitu. Semoga adik-adik, rakan-rakan sekalian yang bertuah dan mendapat tawaran IPG, dapat menggunakan informasi yang tidak seberapa ini, lepas tu lulus dan mungkin kalau bertuah, dapat pula penempatan yang sama dengan yours truly. So, ganbatte ne and all the best! :D
*Yo, draft from last year lagi- 13/5/2013. haha
No comments:
Post a Comment