Thursday, 28 February 2013

Ujian QTO / Ujian JPJ

Salam kepada semua yang membaca post saya ini. :) Hari Khamis lalu, saya dah ceritakan kisah sewaktu menjalani ujian QTI hari tu. Korang boleh klik sini kalau nak baca post saya pasal test tu. Hari ni pula nak ceritakan pasal ujian QTO atau selalu kita panggil ujian JPJ (sebab pegawai JPJ yang assess ujian tu).
#Hari ni terasa nak pakai 'aku'#

Perjalananku bermula~

5.45 am:
-Tetiba bangun awal pula. Sempat lagi cek blog and online FB :p

6.00 am:
-Mandi, dress up, makan and get ready. Online kejap ^.^

7.47 am:
-Mum dah tiba untuk hantar kita ke pusat memandu. ~dupdapdupdap~

8.00 am:
-Tiba di pusat memandu. Duduk di kantin (keseorangan seperti biasa). Main game dalam handphone murahan saya ( Tetris, Pac Man, Block Deluxe...malangnya, semuanya cuma demo...terpaksalah saya ulang2 main benda yang sama :/)
-Akhirnya, geng (terdiri daripada seorang ibu dan seorang uncle dalam umur lingkungan 50an -saya ada sebut pasal uncle ni dalam post ujian QTI) pun tiba. hakhak
-Banyak pelajar yang ambil ujian QTO hari ni (saya sebenarnya tak suka crowded places :/)

Dekat 9.00 am:
-Semua pelajar (kereta, motosikal, lori) yang ambil test QTO hari ni disuruh berkumpul di tingkat atas bangunan ofis untuk diberi taklimat gitu...
-Firstly, kami kena panggil ke depan untuk tandatangan dan cop rekod kedatangan pastu diberi tag angka giliran. Sedihnya aku bila dapat nobor giliran yang ke-30 daripada 34. :{
-Lepas tu, baru diberi taklimat yang mengambil masa kira-kira 10 minit kot. Paling mengejutkan, haha, pegawai JPJ yang memberi taklimat tu serupa lah dengan Park Yoochun a.k.a Micky Yoochun korang tu. haha (sekarang ni saya sedang tengok drama Sungkyuhkwan Scandal kat KBSW, :B )

9.30 am:
-Kami disuruh berkumpul di pondok yang sama dengan tempat kami berkumpul masa ujian QTI hari tu.
-Of course, Bahagian 2 (bukit) dan Bahagian 3 (side-parking dan tiga penjuru) dimulakan.
-Sekejap je di bahagian bukit tu. Tunggu punya tunggu, akhirnya giliran yours truly pulak.
-Berdebar-debar sehingga lupa untuk tekan clutch ketika nak tukar gear 1. Haha... tapi saya sangat bersyukur kereta sudah di-adjust oleh salah seorang tenaga pengajar di sana. Dia kata, relax , tarik nafas gitu, perlahan-lahan... Adehh, semakin bertambah pula debarannya tapi itu sebenarnya, sangat melegakan jiwaku pada masa itu. :) Thank you ya, cikgu (sorry tak tahu nama)!
-Next, pergi ke pondok seterusnya untuk Bahagian 3.
-So, kat pondok tu sempatlah aku berborak-borak dengan teman seperjuangan yang lain. Semuanya bagus-bagus belaka, senang dibawa cerita. Malangnya, banyak (pelajar lelaki) yang suka merokok tapi hairanlah kenapa asap rokok diaorang kita tak terhidupun ( listen! listen! listen! rokok ni tak baik ok, orang yang terhidu asap rokok pun boleh dapat masalah tau!). Mungkin disebabkan angin pada  masa itu kot. Tau2lah cuaca di atas bukit (pusat memandu tu terletak di atas bukit), kalau panas memang terasalah bahangnya, berangin kencang lagi tu!
-My turn (emm. for your information, kereta yang akan kami pandu tu diletak sedia dekat tiang checkpoint untuk side parking so, tinggal kami reverse lagi lah :p thank you ya Cikgu Joseph). Dah diletak sedia, okey2 jangan lupa angkat tangan. Pusing ke kiri habis, reverse, bla bla bla akhirnya aku pun dah siap tiga penjuru! Cepat tak??? kekeke? Ambil masa selama 15 minit je kalau kat Bahagian 3.

10.30 am:
-Okey, dahpun siap kat Bahagian 2 dan Bahagian 3. Sekarang perlu tunggu giliran untuk memandu di jalan raya lagi.
-Ya, laluan jalan raya ni mengambil masa kira-kira 30 minit. Jangan lupa angka giliran saya ye.. :) My lucky number tu tau (betul...)!
-So, masa untuk berborak. Of course lah kita cerita2 pasal memandu, apa perlu dibuat bla bla bla segala.
-Para pelajar remaja yang lain tentunya ada geng sendiri. Gue, well... Geng gue semua yang dah masuk umur 30-an plus plus. Biasalah kalau orang Sabah, semua dikawan bah. kekeke
-Semakin lama semakin sedikit dah orang.

12.30 am:
-Akhirnya, dekat kam 12.30 tengah hari gitu, giliran aku pula untuk dinilai oleh Mr. Macho Pegawai JPJ...kekeke Sekali lagi debaran yang harus aku tempuhi pada hari menggagalkan diri ini.. ahahaha
-Dah masuk kereta tu kita bagi lah borang kepada Mr. Macho. :) (Time diberi borang tu, berabislah aku baca 20 perkara yang diassess tu. ehehehe. ni tips tau, jangan sesekali bazirkan peluang untuk baca2 borang tu walaupun sedikit, OKAY )
-Okay, aku pun buatlah lima perkara. Pasal kegagalan hari tu, aku telah berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. So, masa nak adjust cermin tepi tu, ingat ya brothers and sisters yang akan mengambil test memandu, adjust KEDUA-DUA cermin tepi KIRI dan KANAN! Tapi malangnya cermin kiri tu gue ada problem sikit. Masa sih nak reach cermin tepi kiri tu, tak nak men sentuh2 la.. aish! Surprisingly, pegawai JPJ tu kata, dengan suaranya yang bertimbang rasa, "Mahu saya tolong?" Wah, apa lagi! Jangan lepaskan peluang ni! kekeke. So, pandai2 la aku cakap "kasi naik sikit,turun sikit", dibalasnya "begini?", konon ok dah aku pun cakap ok... hahahaha (Eh, aku bukan bersikap jahat ya, bersyukur tau) 
-Mari memandu!!!! Time memandu tu, adalah Mr. Macho interview aku. Aku happy pasal ini: "Ko masih sekolah ka?" Aina joo.. Sepa yang enda gembira kalau ditanya begini. Aku pun reply, "Sia tunggu result." Hehehe..(Off topic kejap: Banyak orang yang sama2 ambil test ngan aku tanya benda yang sama tau. Entahlah muka aku ni terlampau macam budak. Biasalah kalau muka jalan berturap.hehehe)

1.00 pm lebih:
-Akhirnya, sampai dah... Mr. Macho suruh aku sign borang tu. Yes, aku dah bebas! Aku pn turunlah, memberi peluang kepada pelajar yang paling last tu untuk dinilai. 
-Masa keluar dari kereta tu, harus dijenguk berapa markah dan apa kesalahan. Aku lulus, cuma kurang 1 markah je untuk dapat full mark! Happy yang tidak terkira. TUHAN telah menjawab doaku. Terima kasih banyak! Aku salah satu, tapi itu private lah k. :) yang penting, kesalahannya bukan seperti kesalahan ketika Ujian QTI hari tu. 

1.30 pm:
-Sedang menunggu ayah (sepatutnya dia yang ambil aku pulang tapi dia lupa kot :/ So, ibulah yang ambil. Singgah kejap di restoran di bandar sebab hampir setengah hari tak makan).

So, kepada saudara dan saudari yang bakal-bakal menduduki ujian memandu tidak kiralah ujian QTI atau QTO, bersandarlah pada Tuhan okey. SELAMAT MAJU JAYA! <3

THANKS FOR READING! :)

P/S: Tak tertanya-tanya ke kenapa saya panggil pegawai tu Mr. Macho? Saya tak tahu macam mana rupa Mr. Pegawai tu tapi dia baik hati, friendly dan suara dia pun suara polis lehhh >< hahaha

2 comments: