Tuesday 26 February 2013

Bagaimana nak tidur awal?

Langkah-langkah:

1. Tahu ia dah lewat.

Bagi sesetengah orang yang tidur lewat, selalunya ianya adalah masalah yang berkaitan dengan mental. Anda melihat jam dan berfikir "2.00 A.M.? Oh, no, problem. Banyak lagi masa aku ni." Sebenarnya, tak. Apabila anda menjadikan masa untuk tidur melebihi tengah malam sesuatu kebiasaan, tanggapan anda tentang lewat itu menjadi berjam-jam kemudian. Oleh itu, apabila anda melihat jam dan ia menunjukkan 11.30 P.M. lebih (atau bila-bila masa yang anda anggap 'awal'), tinggalkan semua perkara yang anda sedang lakukan pada masa itu dan segera masuk tidur. Langkah pertama untuk masuk tidur awal adalah mengubah pemikiran anda terhadap definisi sebenar 'awal' dan 'lewat'.

2. Berikan alasan kepada diri anda mengapa anda harus tidur awal.

Satu insentif  adalah mengimbas kembali suatu ketika (atau beberapa) apabila kelewatan anda untuk masuk tidur mengundang bencana: anda terlebih tidur, tidak cukup tidur, menjadi sakit, etc. Jika anda ialah seorang yang sudah lama terbiasa tidur lewat (contohnya, seorang pelajar kolej), ini akan memberi peluang kepada anda untuk melihat suatu fenomena semula jadi yang amat jarang sekali: matahari terbit! Berjaga sepanjang malam untuk melihat matahari terbit tidak dikira!

3. Tentukan pada pukul berapa anda harus bangun.

"Selalunya, saya bangun pada pukul 7 pagi tetapi kadang kala saya bangun pada pukul 6 pagi untuk menyiapkan kerja rumah" adalah jawapan yang kurang bagus. Adalah lebih baik jika anda bangun pada masa yang sama setiap hari kecuali pada hari yang jarang (tidak selalu berlaku). Hari-hari pada hujung minggu bukan hari yang jarang.
4. Tolak 8 jam daripada masa anda bangun dari tidur.

Kenal pasti jangka masa yang sebenarnya anda perlukan untuk tidur. Elakkan memandang jam penggera dengan kerap untuk menguji ini, fikir sahaja- sudah berapa jamkah saya telah baring di atas tilam, atau adakah kepala saya benar-benar menyentuh bantal? Jika yang pertama itu adalah kesnya, anda perlu tolak sejam daripada masa yang anda miliki. Jika kepala anda hampir tidak menyentuh bantal, anda cuma perlukan kira-kira 5 minit di atas tilam sebelum masa -8 jam anda. Jika anda berada di antara mana-mana, 30 minit adalah jumlah masa yang selamat untuk berada di tempat tidur sebelum anda tertidur.


 5. Lakukan sesuatu yang menenangkan sebelum masuk tidur.

Komputer mungkin menenangkan tetapi otak anda secara semula jadinya membuatkan anda mengantuk apabila berada dalam keadaan gelap. Oleh itu, dengan merenung skrin, ia menjadikan anda peka dan terjaga lebih lama dari yang sepatutnya. Mandi adalah satu cara menenangkan yang boleh dilakukan sebelum masuk tidur.
6. Masuk tidur sejurus sahaja anda berasa penat.

Masa yang paling bagus untuk anda masuk tidur adalah ketika anda tidak berhenti-henti menguap dan anda hendak menutup mata dan meletakkan kepala di atas bantal. Jika anda memaksa diri untuk berjaga, selepas peringkat ini berakhir, anda akan berasa sakit kepala kerana kepenatan.
7. Bersikap tegas tentang masa tidur anda.

Paksa diri anda untuk mematikan komputer dan TV sebelum tidur. Dengan mematikan komputer (bukan monitor), anda perlu menunggu untuk ia 'shut-down' sepenuhnya dan biasanya ini sudah cukup untuk membuatkan anda meninggalkan komputer. Buang jauh-jauh alat kawalan jauh TV itu atau letakkan di atas lantai/meja (perlahan-lahan).





8.  Selepas anda telah mengikuti rutin masa tidur anda untuk seminggu atau lebih, jika anda masih lagi penat dan tidak mahu bangun pada waktu pagi, anda mungkin masih berhutang masa untuk beberapa jam. :)

Biarkan diri anda tidur lebih lama pada hujung minggu. Lakukan ini untuk beberapa kali dan berkemungkinannya, anda tidak lagi memerlukan tidur yang lama pada hujung minggu. Bagus! Itu bermakna anda mendapat rehat yang cukup setiap malam. Jika anda tetap mahu bangun awal daripada masa bangun pagi yang telah anda tetapkan, tidur awal. Segelintir orang memerlukan tempoh masa untuk tidur yang sedikit berbanding orang lain dan anda mungkin tidak perlu lagi masuk tidur sejam awal kerana rutin anda.




9. Beri ganjaran kepada diri untuk disiplin anda.

Pergi spa, beli CD, tukar hairstyle, beli jeans, tengok movie, etc. Lihat diri anda yang semakin lama semakin berseri-seri di sekolah, mahupun ketika bekerja. Apabila masa tidur anda adalah kira-kira 8 jam per malam, pada masa yang sama, anda akan menyedari perubahan mendadak terhadap kesihatan fizikal dan mental anda!


Tips:

1. Pastikan anda tidak menggunakan butang 'snooze'. Paksa diri untuk bangun setiap pagi dan lakukan sedikit senaman (jumping jacks, etc.) untuk pelancaran darah yang baik.
2. Kanak-kanak mungkin memerlukan tidur ekstra. Para remaja yang bakal menduduki ujian keesokan harinya dapat melakukan yang terbaik jika mereka masuk tidur awal berbanding pelajar yang berjaga sehingga larut malam untuk mengulang kaji pelajaran. Jika anda mempunyai jadual waktu yang munasabah untuk belajar setiap hari, ini bukanlah satu masalah.
3. Jika anda tidak masuk tidur tepat pada masanya dan tidak mendapat tidur yang cukup, kualiti tidur anda akan menjadi lemah.
4. Pastikan anda menetapkan matlamat yang munasabah; segelintir orang tidak dapat tidur selama 8 jam.
5. Kerap merasakan penat atau selalu bangun awal boleh menjadi simptom kemurungan. Kalau anda risau jika ini menjadi kes buat anda, segeralah berjumpa dengan doktor atau pakar terapi/kaunselor.
6. Cuba membaca buku jika anda tidak dapat tidur, ia boleh membantu anda ngantuk.
7. Minta bantuan rakan/ahli keluarga anda.
8. Jika anda mempunyai masalah gangguan tidur seperti Insomnia, DSPS, etc. adalah lebih baik untuk anda berjumpa dengan doktor atau pakar dengan segera.
9. Jika anda sebaliknya tidak mengalami gangguan tidur, elakkan pil tidur. Tidur anda tidak harus dipaksa,
10. Selalunya, apabila remaja penat, mereka akan mengalami stres. Oleh itu, cuba untuk menenangkan atau memberitahu mereka supaya relax, dan tidak banyak risau. Ia akan membantu mereka untuk berasa bagus.

Amaran:

-Kurang tidur boleh mengurangkan fokus dan keupayaan untuk berfikir dengan betul sehingga 33%. Ini membuatkan anda lebih mudah unruk mencederakan diri jika anda bekerja dengan mesin atau memandu ke tempat kerja. Selepas kira-kira 17 jam tanpa tidur, kuasa otak seseorang adalah rendah seperti seseorang yang mabuk.
-Keletihan adalah masalah besar di jalan raya. Jika anda mendapat tidur yang cukup pada waktu malam, pelaung untuk berlakunya kemalangan berkurangan.

2 comments:

  1. hahhah.. anna slalu tdo pukul 2-3 pagi pastu bangun pkul 6 siap2 nak dtg kja..hhahaha.. kkdg x ckup tdo gak.. tapi 2 la, kebiasaan.. btw tq untuk post ni yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahh.. kena tidur awal sikit kak. Nnt timbul pula panda bear tp sy tau koleksi make-up kakak Anna psti dapat membantu.hehe. Sama-sama :)

      Delete